Thursday, May 15, 2008

Gua & Friends (part2)


ini lah geng2 gua masa gua sekolah teknik dulu..sebenornye yang rapat betul2 ngn gua cuma tiga orang je.. yang selebihnya cuma kawan2 sekelas gua.. gua nak kenalkan yang awek tu dulu....comey kan? hahaha.. gua dah ngorat dulu, tak dapat..(ye ke gua dah ngorat???). Nama awek ni Hasanah. nama manja dia dgn gua Ana..tapi disebabkan gua ni spesis yang tak manja, gua prefer panggil dia Cik Senah..kakaka.. dia ni penolong gua masa gua jadi ketua kelas tingkatan 4 dulu..rajin budak ni buat kerja sebab dia tahu ketua dia pemalas..gua la tu!!.

habis pasal awek, gua nak kenalkan yang kote2 pulak. dari pada kiri lu orang, Mlake @ padil.. gua tak rapat sangat dgn dia ni..tapi kitorang kawan la..mamat ni terrer main bola beb.. lincah di padang seperti ikan belacak. yang poyo pakai spek tu gua la..jgn kutuk lebih2..hahaha.. time ni gua jambu sikit..kumis pun tak dak lg.

dari kanan lu orang pulak, nama dia syam..dalam kelas dia ni duduk sebelah gua..jaga2 korang.. mamat ni pailang sikit. silap sikit je, tak kaki, tangan naik atas kepala.. tapi dengan gua dia tak berani la..sebab gua lg pailang dari dia..hahaha..mamat ni ada kebolehan luar biasa kalo bab2 menackle awek..100% selalunya dapat kalo dia mengorat..dengan awek2 yang gua nak ayat pun dia sapu..gua cool je sebab perempuan kan ramai..kakaka...

sekarang ni gua nak cerita pasal 2 member gua yang terbest sepanjang gua lepak kat SMTSM. yang duduk sebelah Cik Senah kiter tu, nama dia Izzardzikri bin Padzil aka Lekuk. dari mana dia dapat nama Lekuk tu adalah cerita dia antara dia dgn senior dia..gua tak campur.. lekuk ni antara kawan gua yang paling cool masa kat sekolah dulu..asal mamat ni ialah Tambun, Ipoh. kadang2 mamt ni gelabah jgk tak la selalunya cool..hahaha.. mamat ni terrer main bola.. pemalu sikit kalo berhadapan dgn perempuan..mamat yang diklasifikasikan seorang pencinta yang setia sebab selama 2 tahun persekolahan, dia ni tak abih2 dok tackle awek yang sama je..tak penat ke yob?? awek tu pun malu jgk nak bagi respon..sampai ke mana relationship diorang pun aku tak tau.

mamat yang posisi di belakang lekuk tu pulak nama dia Mustafa Kamal bin Alias.. Satu benda je yang gua boleh describe pasal dia..Raja Lawak..kakaka... mamat ni suka buat lawak kering.. tapi bila dia kena drop dia malu...hahaha..padan muka lu..best buddy gua ni..asal mamat ni ialah Kampung Gajah, Perak. dia ni lebih kurang perangai mcm gua jgk.. tak aktif sangat di waktu petang sebab aktiviti kami ialah tidor siang..nikmat betul.. malam menjelang, kami akan aktif semula macam kelawar penghisap darah..

antara aktiviti yang kami selalu buat bertiga ialah, lepak di kantin sekolah pada malam hari sambil menolong brader kantin bungkus nasi lemak untuk di jual kepada pelajar2 sekolah yang baru balik prep malam..fuh..panjang betul nama aktiviti kitorang.. gua n friends ni selalu lepak n study sekali..satu yang menarik pasal gua n friends ni ialah, waktu makan kitorang.. seingat gua, tak pernah satu detik pun yang gua makan sorang2 masa kat asrama dulu..selalu mesti kami bertiga punya..

bila gua fikir2 balik, gua rasa time tu la antara masa2 yang paling sempurna dalam hidup gua.. takde tekanan hidup walaupun ada tekanan periksa SPM..semua tu takdak hal bagi gua.. as long as gua dikelilingi member2 gua yang best ni..

2 comments:

finagdora said...

awek mane yg lekuk tackel bro?
nak gak aku tau...

white rose said...

miahahaha...

mustafa kamal bin alias tu kawan gua masa sek ren...

pemalu giler mamat tuh...

bila tegur, blusshing pipi dia...

miah, malu2 u...